Sebahagian warga asing Etnik Rohingya tidak mematuhi seruan kerajaan Malaysia dengan santai bersiar pada hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 20 MAC 2020.

KUALA LUMPUR – Negara kini dilanda kebimbangan sehingga kerajaan terpaksa mengeluaran Perintah Kawalan Pergerakan bagi memastikan rakyat Malaysia duduk di rumah bagi membendung wabak pandemik Covid-19.

Malah bermula Ahad ini, Angkatan Tentera Awam (ATM) akan digerakkan bagi membantu Polis Diraja Malaysia memastikan supaya rakyat benar-benar duduk rumah selama dua minggu berkuatkuasa Rabu lepas.

Tapi lain pula suasana di kawasan sekitar Pasar Borong Selayang yang rata-ratanya dihuni oleh warga asing malah ada juga pendatang tanpa izin.

Tinjauan MalaysiaGazette berdasarkan maklumat awam mendapati mereka tetap berkumpul beramai-ramai walaupun memakai topeng muka atau menutup dengan sapu tangan.

Peliknya, tidak jauh daripada pasar berkenaan iaitu sekitar satu hingga dua kilometer, ada sekatan jalan raya yang diadakan oleh PDRM dan mereka mungkin terlepas pandang ‘suasana’ yang berlaku.

Sebahagian warga asing Etnik Rohingya santai bersiar pada hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 MAC 2020.

Ketika tim MalaysiaGazette melakukan tinjauan di pasar berkenaan, kami dikejutkan dengan keadaan berpuluh-puluh warga asing tersebut berkumpul di merata-rata tempat sekitar pasar berkenaan.

Lebih mengejutkan kumpulan warga asing itu bukan sahaja bebas berjalan-jalan dalam gerombolan besar malah juga duduk beramai-ramai di perkarangan kedai serta jalan raya menghabiskan masa berbual sesama sendiri.

Ada juga gerai-gerai makan dibuka dengan kebanyakan mereka boleh duduk bersantai menikmati makanan – seolah-olah tidak tahu menahu larangan kerajaan tidak membenarkan mereka berkumpul sesama sendiri.

Ada juga kelibat wanita dan lelaki yang duduk di luar perkarangan kedai menjual sirih, apa lebih menjijikan mereka yang membeli dan mengunyah sirih itu langsung tidak mempedulikan soal kebersihan dengan meludah merata-rata.

Sebahagian warga asing Etnik Rohingya tidak mematuhi seruan kerajaan Malaysia dengan santai bersiar pada hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 20 MAC 2020.

Kehadiran kami pada mulanya ‘menakutkan’ mereka sekejap kerana bimbang kami penguat kuasa namun selepas mengetahui identiti kami, mereka langsung tidak mempedulikannya malah ada dalam kalangan mereka kelihatan teruja pula.

Malah kanak-kanak bermain bola sepak dalam kumpulan besar dan ada juga duduk berdekatan kawasan kotor sampah sarap juga dapat dilihat di kawasan berkenaan.

Sebahagian kanak-kanak warga asing Etnik Rohingya santai bermain pada hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 MAC 2020

Mereka seolah-olah tidak peduli kesan dan bahaya Covid-19 yang sedang melanda negara ini sehingga ada dalam kalangan mereka tidak memakai topeng muka apatah lagi menggunakan cecair pembasmi kuman.

Selain itu, gerai dan kedai yang beroperasi di kawasan itu juga bukan premis menjual barangan keperluan seperti yang dibenarkan.

Dereta kawasan itu dipenuhi kedai menjual pakaian, kedai jahit, barangan elektrik, kedai membaiki kipas, gajet dan banyak lagi.

Kelihatan seorang peniaga warga asing Etnik Rohingya bergegas menutup gerainya sejurus menyedari kehadiran krew Malaysia Gazette pada hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 20 MAC 2020.

Kawasan itu juga begitu sibuk dengan orang keluar masuk baik berjalan mahupun menaiki kenderaan.

Ada juga kelihatan sekumpulan warga asing itu dengan selamba memancing di kawasan tasik berdekatan malah tidak juga peduli dengan kehadiran kami.

Orang awam dilihat ingkar dengan keluar memancing pada hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Selayang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 20 MAC 2020.

Ketika berbual dengan beberapa warga asing yang rata-rata mereka dari etnik Rohingnya itu mengakui arahan Perintah Kawalan Pergerakan namun daripada perbuatan, mereka tidak menganggapnya serius.

Salah seorangnya, seorang remaja yang menjalankan perniagaan makan, Wahida Kama maklum mengenai arahan itu namun menganggapnya ia sekadar sekatan supaya orang ramai jangan keluar jauh daripada kawasan masing-masing.

Malah katanya, orang ramai juga masih datang ke kedai makannya seperti biasa.

Temubual bersama warga asing Etnik Rohingya, Wahida Kama pada hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 20 MAC 2020.

“Tidak tahu sangat. Kedai macam biasa. Tahu tentang tidak boleh keluar rumah tapi macam biasa,” kata Wahida.

Sementara Mohd Shawal pula, dirinya sememangnya sedar tentang penularan wabak Covid-19  tetapi ramai juga dalam kalangan mereka tidak begitu faham atau ambil peduli mengenainya.

“Tapi bila malam, tempat ini sunyi juga. Semua turun beli makanan dan naik balik. Saya juga begitu,” ujarnya.

Warga asing Etnik Rohingya, Mohd Shawal bercakap kepada Malaysia Gazette pada hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 di Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 MAC 2020

Pelik sekali untuk kami melihat keadaan itu kerana secara umumnya, rakyat Malaysia telah diminta untuk ‘just stay at home’ padahal warga asing itu bukan sahaja bebas berkeliaran malah seakan-akan kebal daripada Covid-19.

Pembaca MalaysiaGazette yang sempat melihat liputan secara langsung di Facebook Live juga rata-rata mahu pihak berkuasa membuat rondaan di sekitar kawasan pasar berkenaan pada kadar segera.

Tiga lelaki warga asing Etnik Rohingya menjamu selera di gerai makan pada hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 20 MAC 2020.

Apa yang dibimbangi, warga asing itu berada dalam lingkungan masyarakat kita dan wabak Covid-19 tidak memilih mangsa. Jangan nanti disebabkan kita terlepas pandang, bahaya mengundang.- MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Salam sejaterah saya anak Rohingya apa yang bercacap kepada berita hari ini tak Munkin ini orang Rohingya sbb Rohingya tak pernah ada yang tak pakai tudung ini semua datang dari bandar yangon datang cini pakai passport satu bolan suda habis VISA da mati jadi
    La pegang UNHCR ini la masalah diaorang saya duduk malaysia suda 20 thn tapi tak pernah niaga sendiri sbb takot undang2

  2. Salam tuan puan saya ingin maklum kepada kerajaan malaysia dan juga pihak berkuasa malaysia di selayang tiada seorang pun berbangsa Rohingya meniaga atau jual apa saja setahu saya semua nya myanmar islam lain Negeri daru myamar bukan nya dari arakan yg pengan dukumen UNHCR x semestinya Rohingya saya harap jika tidak status orang asing jangan nyatakan Rohingya harus teliti dulu saya sarang harus ambil tindakan pihak berkuasa sewajar jika x ikut undang2 sy juga seorang penduduk tetap malaysia MY PR malaysia berasal myanmar sekian terimakasih

  3. Tuan puan itu bukan Etnik rohingya ini suma myanmar Muslim yg kema Muslim sebab Etnik rohingya secara tak sama macam tu

  4. Kemon la..dkt taman wilayah selayang ni bersepah kedai org rohingya… dah 3 hari polis lalu warning suruh masuk rumah..diairg wat bodoh jer siap lelak kedai makan kaum diaorang..plis la kerajaan..limitkan kad unhcr tu..diaorg ni dah beranak pinak..klu kena covid memg lockdown satu selayang nnti

  5. Saya nakkan penjelasan ttg hal ini…
    Copy and paste
    Salam kawan2…jgn pergi kawasan pasar borong selayang lama & baru. ramai myanmar n rohingya islam pergi ijtimak tabligh. diantara mereka ini ramai yg tiada dokumen perjalanan sah dn takut nak pergi buat medical check up. ada diantara mereka ini demam dn menyorok dlm rumah sahaja. kwn2 mereka akan pergi ambil ubat diklinik. SELAYANG DLM BAHAYA! Wallahualam…kalau berita ini betul..tlg hati2 semua.
    Dari group sebelah..

Comments are closed.