Tiga orang ustaz yang diber tanggungjawab menguruskan jenazah mangsa Covid-19.

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memuatnaik tiga gambar pasukan pengurusan jenazah mangsa Covid-19 dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

“Mereka adalah wira-wira kita,” katanya di laman Twitter merujuk kepada tiga orang ustaz yang turut disenaraikan nama mereka.

Mereka ialah Ustaz Indra Faizal Abdul Rahim, Ustaz Muhammad Afif Jamal dan Ustaz Mohd. Fakhru Razi Mohd Yusof.

“Saya doakan semoga semua urusan mereka dipermudahkan Allah SWT dan dianugerahkan kepada mereka ganjaran yang besar di sisi-Nya atas pengorbanan ini,” katanya.

Kaedah menguruskan jenazah dan pengkebumian mangsa Covid-19 berbeza berbanding kematian biasa.

Beliau turut meminta semua pihak menyebarluaskan kempen #StayAtHome ke segenap pelusuk bandar dan kampung dalam usaha membasmi wabak Covid-19 yang kini telah mengorbankan lapan nyawa di Malaysia.

Jenazah mangsa-mangsa Covid-19 diuruskan dengan kaedah berbeza berbanding kematian biasa bagi mengelak penularan virus berkenaan. – MalaysiaGazette 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.