TERKINI : Pelbagai Alasan Bagi Nak Lepas Sekatan Jalan

Dalam keadaan pasukan keselamatan sedang memainkan peranan mahu menyelamatkan orang ramai menjadi mangsa pandemik Covid-19 masih ada dalam kalangan rakyat sanggup membuat pelbagai helah bagi melepaskan diri.

Ia termasuk mendakwa isteri mengidap kanser manakala isterinya pula ‘berlakon’ sakit di dalam kereta.

Itu drama yang dapat disaksikan semasa Sekatan Jalan Raya Op Covid-19 yang diadakan oleh Pasukan Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak hari ini.

Operasi bermula 7 pagi dengan kekuatan anggota seramai 80 orang diketuai Ketua Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Gombak, Asisten Superintendan Saharuddin Abd Talib di Jalan Kuala Lumpur-Rawang.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Jika PDRM/ Majlis Perbandaran dok asyik2 berteriak kesana kesini sampai 31/Mar pun orang2 ketegaq ni nanti masih ronda2 makan angin. Cukuplah setakat hari ke2, sepatutnya terus bagi saman atau yang kahaq tu terus gari. Dalam pelajaran Pengurusan saya dulu, diajar supaya pengurus baru dilantik suruh mereka “bertugas” pada hari pertama juga( baptism by fire) kita tak tunjuk beri manja pada mereka.( tapi sudah tentu kita pantau sebab dia baru) . Yang pentingnya disini ialah “manja”! Jika dimanjakan selalu sampai 5-6 bulan dia masih ragu2 membuat keputusan berat.
    Begitu juga dalam kes arahan ini pihak berkuasa memberi muka(manja) pada ” pesalah” ini.

Comments are closed.