Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Persepsi kononnya kerajaan tidak melakukan saringan kesihatan di lapangan terbang tidak benar.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menangkis dakwaan sesetengah laporan media yang membuat dakwaan tersebut.

Menurut Presiden MCA itu, pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah menjelaskan tentang perkara itu dengan menegaskan tiada sebarang ketirisan atau kelonggaran di dalam sistem saringan kesihatan yang disediakan di KLIA dan klia2.

“Namun, terdapat segelintir yang berkata, “tiada pegawai datang dekat pada muka saya untuk menyukat suhu badan ketika saya tiba di KLIA”.

“Untuk makluman, bukan semua alat menggunakan cara saringan secara dekat dengan menghalakannya kepada dahi atau telinga seperti yang biasa digunakan di pintu masuk bangunan.

“Di KLIA dan klia2, thermal scanner seperti yang dilampirkan telah dipasang dan ianya merupakan alat yang lebih canggih untuk menyukat suhu badan seseorang,” jelasnya dalam satu kenyataan di Facebook.

Beliau juga telah meminta Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak pergi melawat KLIA semalam dan membuat tinjauan sendiri.

“Memang disahkan oleh pihak MAHB bahawa tiada seorang pun penumpang yang terkecuali daripada saringan kesihatan.

“Ini bermaksud dakwaan di dalam media tersebut tidak berasas,” tegasnya.

Justeru, Ka Siong menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan berita-berita tidak benar terutama berkaitan Covid-19.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. mereka suka buat fitnah nak uji kerajaan baru. kerajaan ppbm. PEMERINTAH PINTU BELAKANG MALAYSIA

  2. Yang mamat tukang complaint tu banggang. Kalau letak kat dahi tu kat Airport jakarta…takdak social distancing/body contact lagi. Kita punya canggih… Mangkuk

Comments are closed.