Shahir Adnan

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli politik terutama daripada Pakatan Harapan (PH) dan penyokong mereka digesa supaya berhenti mempolitikkan penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membantu pihak keselamatan dalam usaha melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan berkata, sikap memilih untuk terlibat dalam politik murahan dengan mengecam tindakan kerajaan merupakan sandiwara politik murahan yang wajar ditolak.

Katanya, negara kini berdepan ribut besar yang melanda dan ia merupakan soal hidup dan mati rakyat Malaysia dan kerajaan Malaysia memandang serius isu ini dengan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac lalu hingga 31 Mac ini.

“DPIM mengingatkan pemimpin politik Pakatan Harapan bahawa tugas ATM untuk membantu petugas keselamatan seperti polis adalah “tugas sekunder” pihak ATM demi keselamatan negara.

“Usahlah mempolitikkan perkara sebegini kerana penglibatan ATM adalah untuk membantu anggota polis yang sudah mengawal keadaan sejak 18 Mac.

“DPIM berharap dengan penglibatan ATM ini, rakyat Malaysia patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan ini agar kita dapat menurunkan kadar jangkitan baru Covid-19,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Shahir yang juga Naib Pengerusi Ikatan Kelantan menegaskan, menurunkan kadar jangkitan baru atau “flattening the curve” adalah penting agar pihak doktor, kakitangan perubatan dan kakitangan kesihatan bagi mengawal keadaan.

Ujarnya, semua pihak tidak mahu terjadinya keadaan seperti di China apabila ribuan rakyat dijangkiti dalam masa yang singkat hingga menyebabkan kekurangan kemudahan dan kelengkapan peralatan kesihatan.

“Oleh itu, DPIM merayu sekali lagi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk tidak keluar rumah,” tambah beliau. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Jika seseorang pemimpin memberikan cadangan bukan berarti cadangan itu salah.
    Nak jilat pun biarlah berpada-pada.

    Sebagai kerajaan (walaupun khianat) jawablah sesuatu isu dgn baik.
    Sekarang kita dah terima bala yg sangat besar.
    Hentikan lah berpolitik.

    Akuilah ada masa & ketikanya orang lain lebih baik dari pemimpin kerajaan.

Comments are closed.