Hsopital Delhi yang mana seorang suspek jangkitan covid terjun membunuh diri dari tingkat tujuh kelmarin

NEW DELHI – Seorang lelaki yang belum diambil sampel darah untuk saringan ujian koronavirus bertindak membunuh diri.

Kementerian Kesihatan India memaklumkan lelaki berkenaan telah dikuarantin selama 14 hari diwad selepas pulang dari Syedney Australia dam mengadu sakit kepala.

Dia ditempatkan di wad Hospital Safdarjung, New Delhi sebelum pesakit itu terjun melalui tingkap di tingkat tujuh hospital tersebut.

Lelaki itu kemudian disahkan meninggal dunia.

Menurut kementerian, fakta kes masih belum jelas dan inkuiri insiden itu telah dimulakan oleh hospital tersebut.

Kementerian Kesihatan mendakwa lelaki berkenaan berasal dari Punjab dan menetap di Sydney sejak setahun lalu sebelum pulang menaiki pesawat Air India dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Indera Gandhi, Delhi Rabu lalu.

Sejurus tiba di lapangan terbang, dia mengadu sakit kepala sebelum dibawa ke hospital oleh Lembaga Lapangan Terbang sebelum diisolasikan serta-merta, kata sumber dalaman hospital itu.

Dia kemudiandibawa ke tingkat tujuh wad isolasi hospital untuk pemeriksaan rapi sejurus tiba di hospital pada pukul 9 malam.

Tetapi doktor yang datang untuk memeriksanya mendapati lelaki berkenaan tiada dibiliknya.

Salah seorang doktor bertugas yang kebetulan keluar dari premis telah menjumpai lelaki tersebut dalam keadaan terbaring di atas lantai di pekarangan hospital sekitar 9.15 malam sebelum disahkan meninggal dunia.

Polis mengesahkan hospital telah mengeluarkan kenyataan bercanggah berhubung kematian lelaki berusia 35 tahun itu.

Sebelum ini, usia lelaki itu didakwa 22 tahun dan ada laporan yang menyatakan sampel darahnya telah diambil.- alaysiaGazette