Zaid Ibrahim
Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR – Ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim menasihati institusi perbankan supaya tidak memberi tekanan kepada peminjam untuk membuat pembayaran balik.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, bank sepatutnya memahami krisis semasa yang dihadapi rakyat berikutan penularan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sehingga 31 Mac ini.

“Bank perlu henti memanggil peminjam untuk menuntut bayaran kerana sedang melalui masa yang sukar,” katanya dalam akaun Twitter.

Beliau juga meminta Gabenor Bank Negara memaklumkan kepada bank tentang peranan mereka dalam menghulurkan bantuan kepada golongan yang menghadap masa yang sukar. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast