Anggota Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) warga asing yang bekerja berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19 di Pasar Borang Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 24 MAC 2020.

KUALA LUMPUR – Hampir 500 pekerja asing di Pasar Borong Kuala Lumpur berbaris seawal 6 pagi selepas pihak berkuasa yang terdiri daripada pelbagai pasukan hadir di situ bagi melakukan pemeriksaan kesihatan.

Pihak berkuasa terlibat terdiri daripada para petugas Kementerian Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Polis Diraja Malaysia.

Mereka tiba seawal jam 6 pagi bagi memastikan proses pemeriksaaan kesihatan serta pengumpulan maklumat dalam kalangan pekerja pasar borong itu berjalan lancar untuk membendung penularan wabak Covid-19.

Para pekerja asing yang beratur panjang sejak awal lagi itu masing-masing menjalani ujian suhu badan serta pemeriksaan tekak.

Mereka juga secara individu ditanya beberapa perkara termasuk sama ada terlibat dalam aktiviti jemaah tabligh.

Warga asing beratur panjang sewaktu membuat pemeriksaan kesihatan bagi membendung penularan wabak Covid-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di Pasar Borang Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 24 MAC 2020.

Tinjauan krew MalaysiaGazette di lokasi mendapati rata-rata pekerja asing pada awalnya terkejut kerana menyangkakan ada serbuan dilakukan di situ berikutan kehadiran pihak berkuasa.

Bagaimanapun, selepas diberi penjelasan, kesemua mereka tampil memberikan kerjasama.

Warga asing beratur panjang sewaktu membuat pemeriksaan kesihatan bagi membendung penularan wabak Covid-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di Pasar Borang Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 24 MAC 2020.

Ketika ditemui wartawan MalaysiaGazette, kebanyakan mereka memberitahu bahawa mereka maklumk tentang Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan.

Rata-rata pekerja asing itu juga turut memakai topeng muka dan tahu mengenai penggunaan sanitizer. – MalaysiaGazette