KUALA LUMPUR – Wisma Putra memulakan perbincangan dengan kerajaan China untuk memohon bantuan bagi penghantaran pakar khususnya dalam bidang perubatan ke Malaysia dengan segera bagi membantu petugas barisan hadapan memerangi Covid-19.

Hasil perbincangan itu, sebanyak 26 buah hospital seluruh negara akan mengadakan perbincangan menerusi video dengan pakar-pakar perubatan di China untuk berkongsi kaedah terbaik untuk memerangi pandemik itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Wisma Putra sentiasa menggunakan hubungan baik dengan kerajaan-kerajaan di luar negara bagi mendapatkan bantuan pakar dan peralatan perubatan bagi membendung penularan wabak Covid-19 di negara kita.

“Melalui hubungan Malaysia-China, Wisma Putra termasuk saya sendiri telah mula berbincang dengan Kerajaan China bagi memohon bantuan untuk menghantar pakar khususnya dalam bidang perubatan ke Malaysia dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media mengenai perkembangan terkini rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara hari ini yang disiarkan secara langsung di Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, Wisma Putra juga sedang berusaha mendapatkan bantuan peralatan perubatan daripada kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam masa terdekat.

“Saya percaya UAE mempunyai keupayaan memberi bantuan kepada kita, beberapa peralatan perubatan yang kita perlukan sekarang adalah kritikal,” katanya lagi.

Kesemuanya itu, kata Hishammuddin hasil hubungan baik Malaysia dengan kerajaan-kerajaan di luar negara. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Sebelum Koronavirus melanda, ramai pelancong2 asing berpakaian seperti JALANG memasuki kawasan2 masjid2 kononnya ingin melawat?. Kalau di Arab Saudi ianya tidak akan diterima sama sekali!

    Masjid2 bukannya muzium, tempat pelancongan! Sekarang rasakan!!!!

Comments are closed.