Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia kini adalah satu malapetaka yang amat dahsyat.

Ia akan menyebabkan seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi, malah negara-negara kaya juga mengalami penderitaannya.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, untuk mengurangkan penyebaran virus ini semua orang perlu menjarakkan diri antrara satu sama lain.

Kaedah ini sudah tentu tidak membenarkan kita mengembara dan akibatnya syarikat-syarikat penerbangan, industri pelancongan termasuk hotel, pengangkutan dan restoran terjejas.

Kakitangan-kakitangan turut terkena tempias apabila para majikan tidak mempunyai pendapatan untuk membayar gaji mereka.

”Di Malaysia, industri pelancongan adalah penerima pertukaran asing kedua terbesar s selepas Petronas. Kerajaan akan mengalami banyak kerugian.

“Industri petroleum di Malaysia juga tidak besar. Tetapi ia memberi sumbangan besar kepada pendapatan kerajaan. Petronas membayar kepada kerajaan sebanyak 80 bilion ringgit . Harga yang dianggarkan satu tong minyak mentah untuk tahun 2020 ditetapkan pada harga AS$63 setong. Ia kini dijual kurang daripada 50% daripada harga yang dianggarkan. Hasil kerajaan mungkin turun hingga 30 bilion.

“Pakej rangsangan melibatkan peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan dan penurunan cukai. Memenuhi perbelanjaan tambahan dengan peningkatan hasil kerajaan akan mencabar.

”Pada masa sama, sekatan pergerakan akan mengurangkan perniagaan dan keuntungan. Sekali lagi, hasil kerajaan akan terjejas.

‘ Bagi perusahaan kecil, kerugian akan menjadi sangat teruk. Mereka adalah golongan yang bekerja kais pagi, makan pagi. Biarpun mereka mampu menjalankan perniagaan, namun ia masih tidak mencukupi. Kerajaan mungkin perlu memberi mereka sokongan kewangan,” katanya.

Tambah Dr Mahathir, apa yang berlaku di Malaysia, juga terjadi di seluruh dunia.

Industri-industri mungkin perlu berhenti atau sekurang-kurangnya mengurangkan pengeluaran manakala eksport dan import turut akan terjejas.

“Sesungguhnya kita berada dalam bencana yang dahsyat,” ujarnya. – MalaysiaGazette

8 Komen

  1. Bkn hr tu, dia ni ke yg kata, nak letak mana pelancung China, kandang lembu? Bkn dia ke yg kata, keadaan x serious? Bkn konco2 dia ke yg nak suruh ambil kesempatan, tarik pelancung China ke Malaysia?

    Bila dah resign ni, lupa eh? Nyanyuk ke?

  2. Tu la jangan promote FITNAH! Janganlah fitnah Najib bunuh Altantnya, malah dikatakan lebih teruk dari itu, untuk apa Najib buat kerja2 tak berfaedah tersebut?

  3. Ni semua kau punya psl lah Medey…ko tak nak sekat pelancong China apa hal?? Lepas tu kau hapuskan GST sampai kerajaan tak dapat hasil untuk bantu rakyat…ko ni kerja fitnah orang jerrrr. .tu je ko tau

  4. Atas arahan dn tangan siapa berlaku kedahsyatan wabak ini… Muhasabah lah diri ! Bertaubat lah ! Mohon keampunan byk2!
    Diri sendiri lbh arif akan perbuatan buruk diri itu…
    JANGAN BERLAGAKLAKON SEPERTI SEOLAH MALAIKAT!

  5. Keadaan darurat macam ni pon masih dok ingatuntung rugi, dulu jenuh rkyat desak sekat pelancong dr ciina…

  6. RAKYAT MY AMAT BERSYUKUR:
    -SEBAIK SAJA BERAKHIR REJIM TUN
    -SETELAH RANCANGAN KABINET PINTU BELAKANG BERJAYA
    -ALLAH TURUNKAN BALA COVID-19 DALAM PENTADBIRAN PIMPINAN ORANG2 TUN
    TUN MEMUNGKIRI JANJI MELEPASKAN JAWATAN PM KEPADA DSAI
    SEBELUM ITU TELAH BERLAKU FITNAH PALING DAHSYAT DI ALAF 20/21 TERHADAP DSAI YANG DITUDUH MELIWAT.
    TUN MENUDUHNYA PELIWAT TIDAK LAYAK MENERAJU NEGARA
    TUN PILIH NAJIB, AKHIRNYA DIA MENGAKU NAJIB TERLIBAT DENGAN BERBAGAI SKANDAL PALING BURUK DALAM SEJARAH MELAYU
    AKHIRNYA TUN SANGGUP MENYENTUH [MENGHULURKAN] TANGAN YANG DIA KATA KOTOR DI LUAR MAHKAMAH
    DSAI TELAH MEMAAFKAN TUN TANPA SYARAT.
    ISTERINYA MEMILIH TUN MEMIMPIN NEGARA WALAUPUN DIA BOLEH MENGATAKAN TIDAK
    TUN MERANCANG TARIKH BARU UNTUK TIDAK MENGOTAKAN JANJI
    DSAI MASIH MEMBERI RUANG KEPADA TUN NAMUN TUN TETAP DENGAN PERANCANGANNYA SENDIRI
    HARI-HARI KEMUDIANNYA KITA DAPAT LIHAT TUN KERAP MEMBERI ALASAN YANG BERLAINAN HARI DEMI HARI
    SIKAP TUN MENUNJUKKAN BETAPA BURUKNYA SIKAP PEMIMPIN NOMBOR SATU NEGARA
    ULAMA BESAR PAS MENYOKONG TUN KEKAL SEBAGAI PM HINGGA AKHIR PENGGAL
    SIKAP PAS YANG BERTOPENGKAN AGAMA MENCERMINKAN MEREKA JAHIL MENGENAI HUKUM SESEORANG ISLAM DALAM MENUNAIKAN JANJI
    MEREKA MENGADAKAN RANCANGAN BESAR MENAFIKAN PILIHAN RAKYAT DALAM PRU14 DAN PADA MEREKA ITU KEJAYAAN BESAR MENUMBANGKAN KERAJAAN ZALIM DAN MUNGKIR JANJI
    AKHIRNYA SEMUA AKUR BAHAWA PERANCANGAN ALLAH LEBIH HEBAT…wamakaru wamakarallah wallahu khairul maakirin

Comments are closed.