Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Pencarum-pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyambut baik kemudahan pengeluaran i-Lestari.

Rata-rata mereka mengucapkan terima kasih kepada KWSP kerana memahami masalah mereka yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

Ucapan terima kasih itu dizahirkan oleh ahli-ahli melalui Facebook KWSP.

Seorang netizen, Zarul Zakaria berkata: ” Terima Kasih PM dan KWSP”.

Pemilik Facebook bernama Rindi berkata: ”Terima kasih. Kami bukan rakus nak habiskan duit hari tua. Tapi kami nak bantu negara juga. Segan berharap benda percuma bila kita ada duit sendiri”.

Artikel berkaitan

Pencarum dibenar keluar RM500 dari akaun 2 KWSP mulai April

Cara mohon pengeluaran i-Lestari

Pembayaran i-Lestari Akaun 2 KWSP dikredit mulai 1 Mei

Pemilik akaun Papakyra Mzi pula berkata: ”Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya kerajaan mendengar rintihan rakyat”.

Mohamed Nazim Khairi memberitahu: ”Dapat juga merasa duit titik peluh sendiri walaupun bawah 55 tahun. Kalau tunggu sampai 50/55/60 tahun entah orang lain yg merasa duit kita. Zaman ekonomi tengah teruk & merudum ni memang kena guna duit simpanan, zaman ekonomi baik baru kita mula menyimpan secukupnya untuk dibelanjakan pada zaman ekonomi yg teruk seperti sekarang. sekian”.

”Alhamdulilah..akhirnya dapat juga pihak kerajaan membuka laluan untuk mengeluarkan akaun 2 KWSP bagi pencarum yang memerlukannya,” kata Khairulfadli Md Yusof .

Selain ucapan terima kasih, pencarum-pencarum turut bertanya pelbagai soalan mengenai cara pengeluaran i-Lestari.

Ia termasuk adakah individu yang muflis dibenarkan membuat pengeluaran KWSP dan mengenai kebenaran pengeluaran bagi mereka yang menghampiri usia 55 tahun.

Ada juga pencarum yang meminta KWSP mempertimbangkan agar pengeluaran sebanyak RM500 itu dibenarkan dibuat secara sekaligus.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mennerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020.

Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion. – MalaysiaGazette