MOSCOW – Jumlah orang yang dijangkiti Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 372,000 dan lebih 16,000 nyawa terkorban, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

WHO dalam laporan hariannya mengatakan jumlah kes mencecah 372,757, kebanyakan dicatatkan di Eropah – lebih 195,000 kes.

Kes dan kematian paling sedikit dicatatkan di Afrika: 1,305 jangkitan dan 26 kematian, lapor agensi berita Sputnik.

Sejak 24 jam lalu, kes jangkitan pertama dilaporkan di Myanmar, Belize, Dominica dan Libya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.