Gelagat penghuni yang beristirehat di balkoni berikutan Perintah Kawalan Pergerakan pada hari keenam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Flat Sri Selangor, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 23 MAC 2020

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu, tempoh kuatkuasa PKP akan dikaji dari semasa ke semasa.

Beliau bagaimanapun mengingatkan supaya orang ramai tidak panik dan tidak perlu menyimpan bekalan makanan terlalu banyak.

“Saya memaklumkan pelanjutan tempoh ini lebih awal supaya saudara saudari lebih bersedia.

“Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini.

“Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana.

“Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu. Pejabat-pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka lagi.

“Jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak menguruskannya,” katanya dalam satu perutusan khas yang disiarkan secara langsung hari ini.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Dah lengkap PM berpesan.. Kerajaan beri arahan … Tak tahu lah kalau ada lagi yg otaknya masih kat jubo!! Pls alehkan otak tu kat kepaler…. Jangan serlahkan kebodohan diri masing2 x reti bahasa dan pentingkan diri sendiri . .

Comments are closed.