Bekalan penutup hidung dan mulut yang terhad menimbulkan kegusaran orang ramai.

KUALA LUMPUR – Para peniaga telah menempah penutup mulut dari China untuk mendepani masalah kekurangan dalam pasaran dan bekalan akan sampai ke kedai-kedai secara berperingkat.

Pengerusi Eksekutif KK Group, Datuk Seri K.K. Chai berkata, sebanyak 300,000 penutup mulut yang ditempah dari China telah pun tiba di Malaysia dan mulai dijual di KK SuperMart.

Menurutnya lagi, bekalan kedua membabitkan sejuta penutup mulut juga dijangka tiba di Malaysia pada Jumaat atau Sabtu.

“Selain itu, kami juga menempah termometer dan sarung tangan dari China yang akan dihantar melalui udara ke Malaysia,” katanya kepada Oriental Daily.

Menurutnya, KK SuperMart menjual lima keping penutup mulut tiga lapis pada harga RM9, lebih rendah berbanding harga siling RM2 yang diumumkan kerajaan sebelum ini.

Tambahnya,orang ramai tidak perlu berasa khuatir dengan kualiti penutup mulut tiga lapis dari China kerana kerajaan negara itu melakukan kawalan yang ketat.

Katanya, orang ramai yang ingin membeli penutup mulut perlu bersabar pada ketika ini kerana selain menunggu penghantaran, pihaknya juga perlu melakukan pembungkusan.

“80 peratus kedai kami akan menerima bekalan secara berperingkat tetapi berterusan. Kami mahu pastikan pengguna dapat membeli penutup mulut,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.