pendekatan unik Polis Madhya Pradesh yang memaksa orang degil memegang mesej" saya musuh masyarakat tidak mahu duduk di rumah untuk memalukan mereka dan memaksa mereka duduk di rumah selama 21 hari

MANDSAUR, India – Sejak 18 Mac lalu, rakyat di Malaysia memberi pelbagai alasan remeh untuk keluar, malah ada yang keluar beramai-ramai dengan menaiki sebuah kereta atau menunggang motosikal secara berpasangan.

Terdapat segelintir masyaratat masih lagi tidak memberi kerjasama untuk duduk di rumah semasa Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19.

Namun polis masih menggunakan pendekatan menasihati orang ramai supaya mengurangkan pergerakan di luar kecuali untuk perkara penting sahaja.

Dilema sama tirut dihadapi pihak berkuasa di India sejak Perdana Menteri, Narendra Modi melaksanakan perintah berkurung selama 21 hari yang bermula Isnin lalu.

Di negeri Tamil Nadu, pasukan polis terpaksa menghentikan penunggang motosikal serta pemandu kenderaan selain merayu mereka supaya memakai topeng muka dan duduk di rumah.

Bagaimanapun di negeri Madhya Pradesh, pendekatan berbeza dan unik diambil untuk mendidik masyarakat yang tidak mematuhi perintah berkurung itu.

Portal Indiatimes.com yang membuat liputan berita mengenai  sekatan jalan raya dan perintah berkurung itu mendapati meraka yang ingkar dengan arahan yetsebut memberi alasan remeh untuk melepaskan diri daripada sekatan yang dikenakan.

Klip video sekatan jalan raya yang dimuatnaik menunjukkan polis mengarahkan pemandu kereta yang memberi alasan tidak masuk akal keluar daripada kenderaan mereka.

Mereka juga diberikan sehelai kertas saiz A4 yang tulisan yang menyatakan: “I am an enemy of the society. I will not stay at home,”. (Saya musuh masyarakat. Saya tidak akan duduk di rumah).

Ia menyebabkan wajah pemandu kenderaan dan penunggang motosikal berubah sebagai pengajaran kerana tidak bertanggungjawab. – MalaysiaGazette