Datuk Seri Hamzah Zainuddin

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hamzah Zainuddin dilantik Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggantikan Senator Datuk Wira Marzuki Yahya yang diberhentikan daripada jawatan tersebut.

Pelantikan itu diumumkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan di sini.

Artikel berkaitan: Tun M bantah Muhyiddin pecat Marzuki

“Sehubungan itu segala tugas Setiausaha Agung seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Bersatu hendaklah dijalankan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainuddin.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Senator YB Senator Datuk Wira Marzuki Yahya atas khidmat beliau sebagai Setiausaha Agung.

“Saya juga mengucapkan selamat bertugas kepada YB Dato’ Seri Hamzah Zainuddin,” kata Muhyiddin.

Hamzah juga merupakan Menteri Dalam Negeri. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. Good luck Dato, hope you can clean up the mess created by ur predecessor… Almaklumlah degree nya sendiri pun tak terurus n diyakini ahli2… Inikan nak mengurus parti

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.