Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Penamatan perkhidmatan semua ahli-ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di 10 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah kejam dan tidak sepatutnya berlaku.

Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Warisan di 10 kawasan Kuala Lumpur dan Labuan mendakwa tindakan Kementerian Wilayah Persekutuan itu adalah tidak wajar ketika rakyat khususnya warga ibu kota berdepan dengan penularan Covid-19.

“Kami baru dimaklumkan pada hari ini bahawa perkhidmatan semua ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di kawasan Parlimen kami dihentikan berkuatkuasa 23 Mac 2020.

“Tindakan ini, pada ketika Malaysia di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19, amatlah tidak patut dan amat kejam.

“Ini kerana sejak ahli MPP dilantik pada Januari 2019, mereka telah berkhidmat kepada semua penduduk KL dan Labuan tanpa mengira kaum, agama, mahupun fahaman politik dan Penduduk KL dan Labuan telah mengenali mereka dan mengharapkan bantuan khidmat masyarakat dari MPP,” kata mereka dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu mewakili Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, Tan Kok Wei (Cheras), Hannah Yeoh (Segambut), Teresa Kok (Seputeh), Nik Nazmi (Setiawangsa), Tan Yee Kew (Wangsa Maju), Prabakaran (Batu), Lim Lip Eng (Kepong), Fong Kui Lun (Bukit Bintang) dan Datuk Rozman Ismail (Labuan).

Justeru kata mereka, ketika ini MPP juga dikerah untuk membantu rakyat dalam pelbagai program kebajikan.

“Penukaran MPP hanya akan melambatkan penyampaian sumbangan yang amat diperlukan terutama di kalangan golongan miskin bandar.

“Oleh itu, kami menggesa Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, agar mengutamakan rakyat ketika ini dan memberi pertimbangan khusus dan tidak menamatkan perkhidmatan MPP sedia ada.

“Penukaran MPP hanya akan menimbulkan keresahan dan kekeliruan di kalangan rakyat,” tegas mereka sebagai menyeru keputusan itu disemak semula dengan kadar segera mengambil kira situasi Covid-19 yang dihadapi ketika ini. – MalaysiaGazette

20 Komen

  1. Alah.. biasalah tu,tak kan Menteri nak kerja dgn org yg bukan satu kapal dgn dia.. ko kapal lain,dia kapal lain, nak mudah,pecat je mereka

  2. Saya bersetuju dengan tindakan tersebut. Ahli-ahli MPP tersebut TIDAK DIPECAT tetapi mereka DITAMATKAN PERKHIDMATAN kerana ianya merupakan LANTIKAN POLITIK.

    Menteri memerlukan TEAM PLAYERS yang mempunyai misi dan pendekatan matlamat yang sama dengan beliau.

    Disebabkan untuk kepentingan rakyat le, perkhidmatan ahli-ahli MPP tersebut perlu ditamatkan kerana besar kemungkinan mereka ini MENJADI DURI Dalam DAGING atau GUNTING DALAM LIPATAN

    Selamat berpolitk sebagai Gentleman.

  3. Dulu ko pecat orang boleh. Inilah hakikat hidup cek oii… Takkan menteri nak biar ko tikam dia idup2

  4. Itu biasa lah..korg pun dulu lebih teruk korg buat skrg kerajaan bkn lg phd4pig..LU PIKIR LA SNDRI

  5. bahasa tu manis la..sikit..dlm keadaan mcm ni pun …Kene saling hormat menghormati..kita 1 bangsa..1 agama….niat diorg tu baik….

  6. Itulah kerajaan pengkhianat nasional.
    Yg menteri tu pun umno.
    Siapa tak kenal umno..
    Dalam pentadbiran kerajaan pun masih ramai yg berjiwa umno.
    Itu sbb bila ph ambil alih kerajaan, ada kesukaran bila nak laksanakan tugas.

    Apapun ini lah yg menjadi kan negara ini mundur kebelakang.

    Perasaan balas membalas dendam dah jadi kebiasaan.

    Akhirnya rakyat yg jadi mangsa.

    Stay at home
    #asalbukanmuhyidin

  7. Ko nk ke keja dgn team yg xleh bekerja dgn ko?..org srh buat lain,lain yg ko buat..yg busuk nm nnti sapa?..lgpn, bekas2 PH mmg terbukti xbleh buat keja pn

  8. PH Oiii. Klu kau orang kerajaan yang baik rakyat takkan resah gelisah. Jgn berasa hebat dan rasa PH masih diterima. Kau orang bak umpama SiLuncai dgn Labunya. Ye. Orang Melayu takkan terima KERAjaan yang ada DAPpig. Ptuiiii

  9. Masa BN tumbang kau orang Dapig dgn lehap kau tunjuk kan kuasa engkau.Sekarang terima lah habuan paku buah keras.

  10. Fakta siapa jadi kejaan di berhak menentukan hala tuju pentakbiran negara tuju yg lain hanya bleh beri pendapat je apa yg ph buat masa mula bekuasa lebih dahsyat dewan org ramai dan segala yg di bina oleh kerjaan bn di rampas hingga kan org kg tak ada tempat nak mejalan kan aktiviti…jgan bila dah sakit minta org tolong doa kan agar cepat sembuh bila sihat pegi melancong lupa jasa2 org.buat masa ini elok lah kisah kan wabak yg melanda negara.

  11. Pemimpin dan pentadbir berhati iblis dan syaitan semoga mendapat laknat , bala dan wabak, amin…

  12. Sudah menjadi lumrah klo satu kapal mana boleh ada dua tekong yang akan bermasalah kepada kapal tersebut elok pakai satu tekong saja senang nak mengawal pengerakan kapal, serupa juga dalam pemerentahan tak kan nak melantik orang lain luar dari suku sakat kumpulan mereka kerana bermasalah akan menjadi musuh dalam selimut pula kepada pemerentah, elok perlantikan baru dibuat dan tamatksn sahaja perlantikan pemerentahan lama..

  13. Aiseymen .. dulu kome pun buat..
    Lg ramai yg kena pecat..
    Logik la.. lantikan MPP kerajaan PH..yg faham patut ltk jawatan x perlu tg utk dipecat..

  14. KABINET DAPUR MASUK PINTU BELAKANG NAMPAK APA SAJA MACAM SAMPAH DIA AKAN CAMPAK KE DALAM TONG SAMPAH WALAUPUN HAKIKATNYA MASIH ELOK
    LAIN HALNYA PARTI YANG MASUK IKUT PINTU DEPAN, YANG DIBUANG MEMANG NAMPAK LUSUH DAN BURUK SANGAT BAK KATA BEBERAPA PIMPINAN PAS UMNO TU DAH REPUT AKARNYA TUNGGU NAK TUMBANG
    SAYANGNYA KAPAL YANG HAMPIR KARAM ITU DISELAMATKAN PAS GARA-GARA INGIN BERKUASA. WALAUPUN BERJASA PAS YANG RAMAI AHLIYA AGAMAWAN TAK DIBERI JAWATAN MENTERI MENJAGA HAL EHWAL AGAMA YANG MEREKA DAPAT HANYA MENJAGA ALAM SEKITAR YANG KINI DICEMARI COVID-19
    YANG KUAT SIKIT PEGANG UNDANG-UNDANG TAPI KALAU DIA BOLEH UBAH MALAYSIA MENJADI ISLAMIC STATE SAYA TABIK HORMAT DEKAT DIA KERANA ITU PERJUANGAN PAS SEJAK MERDEKA HINGGA SANGGUP MENUDUH MELAYU UMNO SEBAGAI KAFIR [BOLEH REFER AMANAT HADI]

  15. RBA.. Masih boleh bersuara ehhh.. Dah kena kencing ngan PH pun nak sokong lagi ke???. Hancing betul la korang ni..

  16. Inilah sebab bila dah biasa kena kencing dengan DAP. Dah jadi ketagih. GST DIHAPUSKAN BARANG TURUN KE ABANG2 PHARUU SEMUA. Yang menikmati penghapusan GST adalah toke2 cina. Boleh meniaga haram semula kerana tak perlu klaim input tax. Tanyalah ketua pengarah kastam, masa GST diperkenalkan ada pertambahan 200% syarikat perniagaan mendaftar. Sebelum GST mana depa menyorok. Sapa yg untung abang oi. Kalau SST takdak Input tax… Boleh invisible semula. Paham dak. Setakat jadi barua DAP tak payah lah berbangga.

Comments are closed.