TERKINI : 2,031 Kes Positif Covid-19, 23 Kematian – Dr. Noor Hisham

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan empat lagi kematian direkodkan akibat wabak Covid-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kematian pertama hari ini melibatkan kes kematian ke-20 yang merupakan kes ke-780, lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun.

“Beliau merupakan peserta perhimpunan di Seri Petaling dan dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kelantan mulai 18 Mac. Beliau disahkan meninggal dunia pada 25 Mac lalu, jam 4.35 petang,” katanya dalam sidang media di KKM, hari ini.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.