TERKINI : Faham ‘Boring’ Duduk Rumah “Bersabarlah” – Timbalan Ketua Polis Selangor

Selangor merupakan negeri yang mempunyai banyak laluan mengakibatkan pihak berkuasa berhadapan dengan kesukaran untuk memantau dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, meskipun pihak polis telah berusaha gigih menutup pelbagai jalan dan membuat sekatan namun masih ada yang lolos keluar meninggalkan rumah.

Walaubagaimanapun beliau memberi jaminan, polis yang kini bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus mempertingkatkan kawalan dari masa ke semasa.