TERKINI : Insyallah KKM Cuba Dapat Kurangkan KES – Dr Noor Hisham

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap sasaran nota penyelidikan daripada JP Morgan bahawa Malaysia akan mencapai kemuncaknya pertengahan April sebanyak kira-kira 6,300 kes adalah tidak benar.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia berdasarkan kepada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Yang dilanjutkan oleh kerajaan sehingga 14 April depan.

“Kalau kita lihat jangkaan JP Morgan, dalam pertengahan April mungkin kita akan dapat kes yang meningkat sehingga 6,000 kes.

Tetapi kita telah laksanakan aktiviti awam dan juga tambah tempoh PKP dan kita harap dapat mengesan dan pastikan kes yang positif akan diasingkan dan akan diberi rawatan. “Kita harapkan dengan tindakan kita, KKM harap dapat kurangkan kes positif dan tidak mencapai 6,000,” katanya dalam sidang media di pejabat KKM, hari ini.