PTPTN
Menara Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 05 DISEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditangguhkan selama enam bulan.

Ia berkuatkuasa 1 April hingga 30 September.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin berkata, penangguhan ini melibatkan kutipan sebanyak 750 juta.

Penangguhan itu turut melibatkan peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran atau PTPK dengan anggaran kutipan sebanyak RM149.2 juta.

Inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 174,500 orang peminjam, katanya. – MalaysiaGazette