Najib Razak

KUALA LUMPUR – Syarikat-syarikat insurans sepatutnya meningkatkan jumlah sumbangan masing-masing memandangkan jumlah RM8 juta untuk saringan Covid-19 adalah terlalu rendah.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, dengan dana khas pihak industri takaful dan insurans sebanyak RM8 juta untuk saringan Covid-19 hanya memberi manfaat kepada 26,667 orang sahaja.

Tegas beliau, ini bukan masa untuk berkira atau mengaut keuntungan yang tinggi.

Dakwa Najib, syarikat insurans 100% milik Singapura telah menerima RM2 bilion untuk kontrak skim mySalam oleh Kerajaan Pakatan Harapan dan sudah menerima RM800 juta daripada operasinya di Malaysia.

Lantaran itu, semua pihak harus bersama-sama membendung Covid-19 dan memulihkan ekonomi.

Ujian saringan secara besar-besaran adalah antara langkah paling berkesan dan paling tinggi pulangannya berbanding kos.

Menurut beliau, selepas pulih, negara tidak ada masalah besar jika syarikat-syarikat insurans dan takaful ini kembali meraih untung besar. – MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.