Para petugas memakai sut PPE sebelum melakukan kerja-kerja merawat pesakit Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 26 MAC 2020.

KUALA LUMPUR – Pesakit yang dijangkiti Covid-19 boleh menuntut bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tuntutan bayaran itu untuk tempoh maksimum 14 hari menerusi skim mySalam.

Sebagai tambahan kepada inisiatif ini, kerajaan juga bersetuju untuk memanjangkan manfaat ini kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI). – MalaysiaGazette