Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Susulan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjadualkan semula peperiksaan-peperiksaan di bawah kendalian kementerian.

Dalam satu kenyataannya di sini hari ini, penjadualan semula itu dibuat setelah meneliti keadaan semasa dan bagi memastikan semua kurikulum mata pelajaran dapat diselesaikan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Berikut adalah tarikh peperiksaan yang telah dijadual semula:-

Bil Peperiksaan Tarikh Asal Pindaan Tarikh
1. Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Kolej Matrikulasi

Sesi 2019/2020

30 Mac hingga

6 April 2020

27 April hingga

4 Mei 2020

2. Ujian Bertulis MUET Sesi 1/2020 28 Mac 2020 5 Sept. 2020
3. Program Persediaan Ijazah Sarjana

Muda Perguruan (PPISMP)

4 Mei hingga

11 Mei 2020

3 Jun hingga

12 Jun 2020

4. Program Diploma Perguruan Malaysia

(PDPM)

4 April hingga

6 April 2020

27 April hingga

30 April 2020

5. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

(PISMP)

4 Mei hingga

21 Mei 2020

3 Jun hingga

18 Jun 2020

6. Program Diploma Pascasiswazah

Pendidikan (PDPP)

4 Mei hingga

21 Mei 2020

3 Jun hingga

18 Jun 2020

7. Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa

(UPBA)

22 Jun 2020 Kekal
8. Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU)

– Lisan

2 Jun hingga

30 Jun 2020

Kekal
9. Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU)

– Bertulis

23 Jun hingga

25 Jun 2020

Kekal

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Bil Peperiksaan Tarikh Asal Pindaan Tarikh
10. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

(UPSR)

1, 2, 3, 7 dan

8 Sept. 2020

Kekal
11. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)

– Pentaksiran Pusat

28 Sept. hingga

6 Okt. 2020

28 Sept. Hingga

29 Sept. 2020

(Bahasa Melayu dan

Bahasa Inggeris)

12. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

– Bertulis

21, 22, 26 hingga

28 Oktober 2020

Kekal
13. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

– Bertulis

Fasa 1

5 Okt. hingga

14 Okt. 2020

16 Nov. Hingga

7 Dis. 2020

Fasa 2

2 Nov. hingga

19 Nov. 2020

14. Sijil Vokasional Malaysia (SVM)

-Bahasa Melayu 1104 dan Sejarah 1251

2 Nov. dan

3 Nov. 2020

16 Nov. dan

25 Nov. 2020

15. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

(STPM) – Semester 2 *

6,12,13 dan

14 Mei 2020

18,19, 23 dan

24 Nov. 2020

16. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

(STPM) – Ulangan 1

18,19, 23 dan

24 Nov. 2020

25, 26, 30 Nov.

dan 1 Dis. 2020

17. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

(STPM) – Semester 3

3, 4, 5, 9 dan

10 Nov. 2020

Kekal
18. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

(STPM) – Ulangan 2 **

25, 26, 30 Nov.

dan 1 Dis. 2020

15 hingga

18 Mac 2021

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan COVID-19 KPM di talian 03-8884 9383/ 8884 9325/ 8884 9401 dan 8888 6749.- MalaysiaGazette