KUALA LUMPUR – Beberapa pemimpin pembangkang mula mempersoalkan pakej ransangan ekonomi RM250 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Antaranya veteran DAP, Lim Kit Siang yang menggesa agar Muhyiddin mengadakan mesyuarat khas Parlimen di Dewan Rakyat.

Jelasnya, langkah itu perlu bagi mendedahkan kepada 222 orang Ahli Parlimen Dewan Rakyat tentang pakej ransangan itu sebelum diumumkan kepada rakyat.

“Muhyiddin sepatutnya mengadakan mesyuarat darurat dua hari di Parlimen untuk meluluskan pakej rangsangan ekonomi dan perancangan semula rancangan ekonomi Malaysia,” katanya di Twitter beliau, hari ini.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad turut berkata segala peruntukan itu perlu dibawa ke pengetahuan Dewan Rakyat terlebih dahulu.

Jelas Khalid, langkah itu perlu dibawa ke pengetahuan ahli-ahli Parlimen dan dibahaskan bagi memastikan peruntukan itu digunakan dengan jalan yang baik.

“Demokrasi menuntut supaya pakej kewangan dibahas di Parlimen untuk menentukan keputusan terbaik dicapai.

“Pakej ransangan yang dibentang bernilai berbilion maka perlu dibahas untuk menjamin hasil terbaik bagi negara. Begitu juga soal perlaksanaannya. Mesti telus bukan cara BN,” kata Ahli Parlimen Shah Alam itu di Twitternya.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming turut berkata segala peruntukan yang akan disalurkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) harus berteraskan kepada prinsip ketelusan.

Ujarnya, kerajaan perlu segera mengagihkan bantuan itu kepada rakyat yang terkesan dengan penularan Covid-19.

“Segerakan wang dihantar kpd rakyat. Kini kerajaan perlu menyalurkan bantuan RM250 billion spt yg diumumkan dalam tempoh terdekat.

“Pengagihan bantuan wajib mematuhi 3 prinsip utama iaitu ketelusan, akauntabiliti & kredibiliti,” katanya juga di Twitter.

Malah semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berkata pakej rangsangan ekonomi terbaru berjumlah RM250 bilion untuk memerangi Covid-19 perlu diperhalusi di Parlimen.

Beliau berkata, ini bagi memastikan tiada kerugian atau ketirisan dan dana untuk golongan memerlukan itu diuruskan “orang jujur” yang mempunyai rekod bersih.

Katanya, di negara maju, pakej rangsangan ekonomi dibentangkan di Parlimen supaya ia dipantau, termasuk membincangkan bagaimana dana itu akan diperolehi dan hutang dilangsaikan.

“Persoalannya adakah wang itu akan sampai (kepada rakyat yang memerlukannya)? Adakah pembaziran atau ketirisan atau rompakan kecil-kecilan akan berlaku?

“Dana itu tidak patut dikendalikan ahli politik atau mereka yang mempunyai rekod buruk,” kata bekas menteri kewangan itu dalam video yang dimuat naik ke Facebooknya semalam.

Muhyiddin dalam perutusan khas semalam mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM250 bilion untuk membantu rakyat yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

Jelas beliau, daripada jumlah yang diumumkan itu, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.

Jumlah itu adalah tambahan sebanyak RM20 bilion lagi telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini. -MalaysiaGazette

21 Komen

  1. Orang yang banyak bercakap seperti anwar,lim kit siang,khalid samad,nga kor ming dan yang lain dari ph sendiri tidak berintegriti dan takda kredibiliti.Inikan pula nak mencari publisiti murahan dan mencuba mendapat political mileage.Balek rumah dan duduk diam,biar kerajaan PN,MKN dan KKM membuat kerja mengurus dan menangani covid19 akibat dari ketidakupayaan dan peninggalan beban oleh kerajaan ph semasa wabak covid 19 masih di peringkat awal.Bodoh punya kerajaan PH dan ahli ahli parlimennya.

  2. Tak tahulah sekarang ni kita berada dinegara mana.
    Ph menang pn yg dapat nama.
    Tak yah lah buat pru

    Peruntukan tanpa bahas..
    Tak yah lah ada sidang dewan rakyat @negara.

    #asalbukanmuhyidin

  3. Tak usahlah nak bercakap kalau punyai rekod buruk moral didalam mahkamah!

    Suruh lah dulu peguam2 hebat anda untuk PADAM dahulu rekod tersebut!

  4. Masa Medey buat pakej ransangan ekonomi ada ker diw bentang kat parlimen??? Dan yg ko sibuk nak berkumpul2 ramai2 kat parlimen ni nak kenw jangkitan Covic19 ka?? Bodoh betullah Kit Siang ni..

  5. Woi muluk bangang…PH dah berkubur..PM PH pun dah letal jawatan secara sukarela…dan PH tak ada sokongan majoriti kat parlimen bebal

  6. Nk bahas Bodo pe…….nanti nanti bahas le Bodo …..tgh penyakit merebak ni….jgn ideology baghal sgt…….. complaint lebih , tapi bila dpt kau org pertama berbunyi…..

  7. Bodoh le muluk ni….lim Tu Pak menakan kau ke dok syg sgt puji lebih ni..tak kisah le sapa yg menang ke kalah ke nak tadbir negara ke……kalau menagn tapi baghal X reti Jaga Kebajikan rakyat buat apa………semua penjawat awam je yg nak kena buat pun…so sapa jadi kerajaan pun tak kisahla as long menjaga Kebajikan rakyat…faham muluk baghal…

  8. Jangan naķ sibuk tentang prihatin kerajaan PN. Kamu kerajaan PH dulu sika bentang dan sila jawab semua wang dan aset negara yang kamu jual. Masuk poket siapa. Heret PM danTPM dan menteri kewangannya ke muka pengadilan untuk bongkar kleptokrasi PH. Segerakan sekat paspirt mereka sebelum terlambat. Kami rakyat pasti ada yang disembunyikan.

  9. Adeee je saje yg tak kene dgn puak puak haram jadah ni….buat apa pon tak betul….itu lah ini la….mereka sj yg betul….pukimak punya bangsa….

  10. Sudah sudah la jadi barua DAP. Atok MADEY sendiri ngaku manifesto tu suka suka sebab dok pikiq PHARUU tak leh menang. Bila tak leh tunaikan janji…. Bohong rakyat itu ini.

    Abang2 barua DAP, GST dimansuhkan ada harga barang turun. Rakyat susah jugak, Kerajaan PHaruupun sampai takdak duit… Ada rakyat dapat manfaat. Yg untung toke2 je. Tanpa GST toke2 akan menghilang kembali because takdak input tax macam GST. Tanpa rekod input tax, susahlah IRB mengaudit toke2 nie. Wahai barua2 DAP sedarlah kamu telah bersubahat membunuh ekonomi negara ini, itupun kalau kamu sanggup guna akal sihat anda.

  11. Tak payahlah apek lim n bang nuar nk jd jaguh lagak bodoh pulak… Dan seperkara lg.. JANGAN JADI MCM ANJING NYALAK BUKIT YEA….

  12. Manusia yg masih gila nk jadi menteri ,masa jadi menteri x tunai apa yg di janji sekarang mengelabah mcm kerbau cari air , maklum lah sebab ada yg x sempat dapat komisen berjuta juta ,dulu kerajaan pilihan rakyat sebab pandai menipu sekarang walaupun bukan pilihan rakyat tapi ambil peduli tentang rakyat

  13. Menyalak dah belaan PH.. Dlu masa jd kera jaan xde pulak ko nk memekak masa atuk umum kan budget…. Khalid samad tolong jgn malu kan diri sendiri… Cermin dulu kedudukan PH sekarang… Dulu buat hutang NEGARA naik mencanak xde pulak ko bising…

  14. Pada hemahnya pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional dkrg ini jauh lebih baik dari pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan..teruskan usaha yg dpt meringankan beban rakyat dan jgn sesekali terperangkap dgn agenda jahat dari politikus kumpulan gagalklarasi Pakatan Harapan yg didalangangi olih DAP.. Perikatan diucapkan semoga maju jaya dan diterima semua peringkat rakyat..

  15. Lge dan anwar ni irihati sebab x berfungsi….tembelang dah pecah..duit negara berlambak lagi banyaknya disorok ph yg kata negara hampir muflis gara2 kerajaan dulu… 2 trilion tuuuuu…nak ngaku duit tu hasil pentadbiran ph baru 22bulan memerintah…mati hidup balik rakyat x percaya…yg jelasnya kerajaan ph didirikan dari hasil fitnah semata2…

  16. Udah udah la apek Bukit…..duit tabung harapan korang kutip mana???tinggal harapan je ……yg lain lain penyokong ni jangan la jadi barua politik sangat…ahli politik bayar korang ke untuk perabih data internet hebah yg bukan-bukan ni….kerajaan Baru sebulan je ditubuhkan (tak kisah la apa pintu yg orang cakapkan pun)….sepatutnya support Dan Bantu bukan kondem……tapi betul ckp apa yg apek ni ckp ni la idea paling bodoh…….perjumpaan parlimen 2 Hari….apa ke bangangnya………ITU kemudian kemudian wabak covid dah read pun boleh buat……..kalau setakat apek ni je terlibat takpe tapi dah dah la bila parlimen bersidang ramai lagi Akan terlibat…Mula la berjangkit wabak covid…tak pasal pasal wujud cluster parlimen lak…..baghal…menyusahkan frontliner je. ..apek ni takpe la memang suka sangat pun Sebab kaum dia jugak cakap frontliner MCM askar kena bagi Kait buah sawit je…..bila deploy askar tolong ketenteraman awam…complain plak…ITU je korang faham……so moral of story…..jika DLM keadaan Krisis sebegini bantuan kepada rakyat diutamakan dahulu….nak debat ke APA kejadah kemudian……kalau Ada yg didapati tak jujur Saman je…..jgn jadi kerajaan yg mudahkan lepaskan org bersalah MCM KES terowong, LTTE, TAH PANTAT APA LAGI….RAKYAT MENYAMPAH….PLZZZZ….# RAKYATMENYAMPAHPOLITIK KOTOR#

  17. P/s…..kepada Sesiapa Yang terasa…ambo Minta maaf ye Dari hujung rambut hingga Kaki……..,.jgn terlampau BERPOLITIK jika tidak rosak bangsa Dan agama…..Malaysia adalah sebuah negara Yang Banyak bangsa Dan agama..jangan mudah terpengaruh dengan dakyah ahli politik Yang sempit…….korang sokong membuat tuli pun buat apa yg dapat gaji menteri diaorg bukan korang……..so apa terbaik kerajaan beri Dan buat rakyat kena terima la …jgn Komen selagi tak sahih……jika tak betul hukum mengikut perundangan sedia Ada…macam macam Cara….setakat hukum melalui media Massa ni buang masa je ….perabih data internet je….menimbulkan fitnah………kalau setakat sebar fitnah Dalam internet tanpa fakta Dan bukti kukuh…korang ataupun orang Yang sebarkan ni Sama je macam faham komunis Yang menjajah Malaysia Yang Lepas…bezanya dulu komunis edarkan guna kertas …skrg???hasil skrg jgn porak peranda sesama rakyat…bersatulah

  18. Nuar pi masjid Tu……kalau ingat Kalian le….kalau tak ingat guna Waze pun takpe…guna internet ke arah yg betul takpe jgn guna post ke FB benda yg melalut….support sikit bangsa melayu kalau kau org melayu…..kalau setakat nk popular takpe teruskan lah perbuatan kau yg Dari dulu hingga skrg…berubah sikit….aminn

  19. Sayang tanah air ku , sejahtera malaysia . Semuga Allah melindungi PM TMY&Kerajaan nya. Pakej yg di umumkan PM membuatkan PH x nyenyak tidur barangkali. Lks&nu4r cuba menonjolkan diri nak jadi juara rakyat, lupakan jer lah…masa jd kerajaan 22 bulan dulu ???? X yah nak cakap kt sini. Rakyat dah tahu. JADI xyah layan 2 orang ni……. klu ph nak masuk parlimen biarkan dia masuk , atm&pdrm tunggu kt luar ……….

  20. Nak tinggu kau orang berbahas…berbahas politik…mampus dulu rakyat tak makan…PH ni sejak.jatuh memang hebat berbicara..waktu rakyat bagi peluang memerintah…hampehhhhh

Comments are closed.