Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) didakwa tidak membantu warga kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang juga terlibat secara  langsung dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail dan Hannah Yeoh (Ahli Parlimen Segambut dalam kenyataan bersama berkata, Pakej Prihatin yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu terlepas pandang warga kerja JKM.

“Kami mengalu-alukan peruntukan elaun khas sebanyak RM200 sebulan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, angkatan pertahanan awam serta RELA yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan PKP.

“Walau bagaimanapun, kami dapati warga kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang juga terlibat secara langsung dalam pelaksanaan PKP tiada dalam senarai yang diumumkan itu.

“Mungkin kerajaan terlepas pandang akan peranan JKM,” kata kedua-dua wakil rakyat Pakatan Harapan itu.

Sehubungan dengan itu, mereka mahu kerajaan segera mempertimbangkan segera dan menyediakan elaun khas kepada warga JKM yang berada di lapangan.

“Kami mengharapkan warga kerja JKM yang terlibat dalam pelaksanaan PKP ini juga akan menerima elaun khas ini.

“Warga kerja JKM yang menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan PKP perlu diiktiraf sebagai petugas barisan hadapan.

“Dengan itu Kerajaan perlu menyediakan peralatan perlindungan yang sesuai untuk mereka demi melindungi mereka daripada Covid-19,” tegas mereka lagi.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kau sapa nk sebok..sedarlah sikit awak tu bkn dlm kerajaan lg..x yah nk arah sukahati kau duk diam dgn laki kau tu x yh nk sebok hal negara tau lah kerajaan Perikatan Nasional jaga negara..masa ada kuasa kau x peduli mslh rakyat bila dh xda kuasa kau pulak konon nk tunjuk jd pejuang rakyat..sdh lah pencen jer lah jga cucu jer.

Comments are closed.