Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR – Hasil Care Line (HCL) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ) akan beroperasi semula mulai Isnin, 30 Mac ini bagi mengendali Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Lain-lain premis LHDNM di seluruh negara masih ditutup sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Operasi HCL sepanjang tempoh PKP dari hari Ahad hingga Jumaat mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Selain itu, talian Bantuan Sara Hidup (BSH) iaitu 1800-88-2747 turut akan beroperasi untuk menjawab sebarang pertanyaan berkenaan BSH.

Sebagai memberikan kemudahan kepada pelanggan, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan isu-isu percukaian dan perkara-perkara berkaitan juga boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:
a) HASiL Live Chat;
b) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/;
dan
c) Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu:
 Facebook – https://www.facebook.com/LHDNM
 Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial

LHDNM berkata, pembayar cukai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan urusan percukaian dalam tempoh PKP ini dengan melayari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau klik pada pautan Soalan Lazim (FAQ) seperti di bawah:
Versi Bahasa Malaysia: http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/faq_1.pdf
Versi Bahasa Inggeris: http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/faq_2.pdf – MalaysiaGazette