Datuk Seri Jamal Md Yunos
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos

KUALA LUMPUR- Datuk Seri Jamal Yunos menawarkan hotel miliknya di Sekinchan bagi dijadikan pusat kuarantin pesakit Covid-19 kepada kerajaan.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu berkata, Sekin Resort Hotel Sekinchan itu mampu menampung kira-kira 400 pesakit.

Ia juga boleh menampung bilangan pesakit di bahagian wilayah utara negeri Selangor sekiranya diperlukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) katanya menerusi siaran di Facebook semalam.

Hotel berkenaan terletak di Jalan Pantai Redang di Sekinchan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Terbaik Dato Jamal semoga keikhlasan dan budi baik Dato Jamal Yunus hanya Allah SWT yg akan membalasnya.Aamiin

  2. Kesediaan Datuk Jamal itu sepatutnya dicontohi oleh jutawan Dan bilionere Malaysia dari berbagai kaum ketika negara menghadapi wabak Covid-19 ini.
    Mereka harus sedar, mereka kaya raya kerana berniaga Di Malaysia.

Comments are closed.