MySalam adalah skim perlindungan kesihatan takaful percuma kepada golongan kurangt upaya dan B40.

KUALA LUMPUR – Esok adalah tarikh akhir bagi rakyat Malaysia yang layak untuk mendaftar bagi mendapatkan skim perlindungan mySalam.

Skim mySalam adalah perlindungan insurans 45 jenis penyakit kritikal dan kemasukan hospital hingga 14 hari setahun termasuk pesakit Covid-19 yang layak menerima manfaat hospital RM50 sehari bagi tempoh 14 hari/

Selain penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang layak menerima skim perlindungan ini secara automatik, golongan isi rumah berpendapatan kurang RM100,000 (M40) berumur antara 18 hingga 65 tahun kini boleh mendaftar.

Skim ini telah diperluaskan kepada golongan M40 selepas kira-kira 4.3 juta rakyat daripada golongan B40 mendapat manfaatnya.

Tuntutan penyakit kritikal bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah sebanyak RM8,000 dan akan diberikan secara sekali beri.

Manakala bagi golongan M40 atau bukan penerima BSH, mereka akan menerima faedah penyakit kritikal sebanyak RM4,000, juga bayaran dibuat sekali gus.

Rakyat Malaysia yang belum mendaftar boleh berbuat demikian melalui laman web https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=register_BM.- MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Pd 31 march try online my Salam. Harap dapat buka link balik my Salam tq

  2. Bagaimana saya nk tau samaada sy layak utuk menerima mysalam wlaupun sy penerima BSH

Comments are closed.