KUALA LUMPUR – Jualan ekuiti tempatan di Bursa Malaysia minggu lalu oleh pelabur asing merosot kepada RM631.9 juta berbanding RM!.79 bilion pada minggu sebelumnya.

MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Research) berkata, ia merupakan kali pertama dalam tempoh lima minggu pelupusan dana asing dalam ekuiti tempatan di bawah RM1 bilion.

Pelabur asing merekodkan aliran keluar sebanyak RM244.2 juta pada hari Isnin menyebabkan bursa merosot 3.3% kepada 1,259.9 mata, dipacu oleh sentimen perbincangan pakej rangsangan Amerika Syarikat yang berdepan kesukaran daripada Senat Demokrat.

Firma penyelidikan itu berkata, aktiviti jualan bersih asing merosot separuh kepada RM116.5 juta pada hari Selasa.

Tetapi, paras jualan bersih asing susut pada hari ketiga berturut-turut selepas pelabur asing hanya menjual sebanyakRM81.6 juta pada hari Rabu tetapi naik semula kepada RM91.3 juta pada hari Khamis.

Peningkatan jualan itu, didorong oleh peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang mencecah 2,031 kes, kata MIDF Research.

Aliran keluar bersih pada hari Jumaat pula direkodakan sebanyak RM98/35 juta berikutan kenaikan jumlah pengangguran di Amerika Syarikat sebanyak 3.3 juta, menimbulkan kebimbangan ekonomi.

Firma penyelidikan ini berkata, sebagai perbandingan dengan enam pasaran Asia yang dipantau, Malaysia kekal sebagai negara ketiga terendah aliran masuk pelabur asing setakat ini.

Aliran keluar pelabur asing dari MAlaysia sehingga kini adalah RM7.63 bilion.

Bagaimanapun, MIDF Research menambah, bursa tempatan naik sebanyak 1.1% untuk ditutup pada paras tertinggi dua minggu iaitu 1,343.1 mata selepas pengumuman pakej rangsangan sebanyak RM250 bilion yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia.

“Dari segi penyertaan, purata nilai urus niaga harian (ADTV) pelabur asing turun sebanyak 41.9% kepada RM1.20 bilion, yang masih berada pada tahap yang baik,” katanya. – MalaysiaGazette