TERKINI : 91 Pesakit Covid-19 Pulih dan Dicaj, Jumlah Terbesar Setakat Ini – Dr Noor Hisham

Sebanyak 91 pesakit positif Covid-19 telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital hari ini.

Jumlah tersebut adalah yang terbesar setakat ini menjadikan 479 orang telah pulih daripada pandemik itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di Kementerian Kesihatan yakin jumlah tersebut menunjukkan Malaysia mampu membendung penularan virus Covid-19 jika masing-masing mematuhi arahan kerajaan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast