Tan Sri Annuar Musa. foto HAZROL ZAINAL, 30 MAC 2020.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Perbadanan Labuan (PL) diminta mengkaji semula cadangan untuk mengendalikan bazar Ramadan dan Jualan Raya sepanjang bulan Ramadan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau telah meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan mempertimbangkan cadangan itu ngan memastikan pembukaan bazar Ramadan menepati aspek keselamatan untuk rakyat yang kini berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tambah beliau, cadangan itu perlu mengambil kira pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia ketika negara berdepan dengan penularan Covid-19.

Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk pasar dan bazar perlu diubahsuai, kata Annuar.

“Saya telah meminta DBKL,PPj DAN PL mengkaji semula cadangan mengendalikan bazar Ramadan dan Jualan Raya sepanjang bulan puasa dan musim raya.

“Aspek penjarakan sosial dan kebersihan wajib diutamakan,” katanya dalam akaun Twitter. – MalaysiaGazette