Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi

KUALA LUMPUR – Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dilantik Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perpaduan Negara, berkuatkuasa hari ini.

Menurut satu kenyataan, Wan Suraya, 51 berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) University of Sheffield, United Kingdom.

Beliau  telah berkhidmat selama 25 tahun dalam perkhidmatan awam dengan menjawat jawatan pertama sebagai Penolong Pengarah Bagaian Perdagangan Antarabangsa di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada 19 Febuari 1995.

Wan Suraya berpengalaman luas dalam bidang perdagangan antarabangsa dan industri, pengurusan sumber manusia, pelaburan dan keusahawanan serta pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategi dan Pemantauan) MITI. – Malaysiagazette