Dr Takeshi Kasai

NEW YORK – Epidermik koronavirus di rantau Asia Pasifik ‘masih jauh lagi untuk selesai’ dan masa untuk menangani penularan virus itu sangat suntuk terutama bagi negara-negara yang bersiap-sedia untuk menghadapi kes jangkitan secara besar-besaran.

Walaupun semua pendekatan telah digunakan, risiko jangkitan di rantau itu akan berterusan selagi pandemik tidak dipulihkan sepenuhnya, kata Dr. Takeshi Kasai, Pengarah Serantau bagi Pasifik Barat, Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Kasai berkata, persediaan untuk jangkitan skala besar perlu dilakukan oleh semua.

Malah, beliau mengingatkan negara-negara yang menyaksikan penurunan kes agar terus melaksanakan langkah-langkah pencegahan jika tidak mahu virus berkenaan berulang kembali. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast