Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman.

KUALA LUMPUR – Arahan Kerajaan Pahang untuk menyekat semua makanan dibawa pulang didakwa tidak logik kerana tidak semua rakyat ada akses untuk membeli barang keperluan dan menyediakan makanan untuk meneruskan kehidupan.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, tindakan sedemikian menyebabkan akan ada rakyat terputus bekalan makanan.

Katanya, contoh yang sibuk bekerja sebagai barisan hadapan tidak mempunyai masa cukup untuk memasak dan sebagainya dan hanya bergantung kepada makanan yang dibungkus sahaja.

“Ada netizen meluahkan rasa kecewa nak keluar beli tak boleh, nak bungkus pun tidak boleh, jadi adakah hendak membiarkan mati kebuluran?” soalnya.

Dalam pada itu, Mohd Yusof berkata, ada beberapa aspek yang perlu diteliti sama seperti bengkel kenderaan, kedai makan wajar dibenarkan beroperasi secara menitikberatkan langkah kesihatan, kebersihan dan keselamatan

“Ini kerana logistik, makanan adalah keperluan rakyat untuk meneruskan kehidupan.

“Saya dimaklumkan logistik seperti Grab berkhidmat untuk menghantar makanan kepada petugas barisan hadapan selain membawa mereka ke sana sini untuk penugasan,” katanya.

Bagaimanapun, bagi pengguna yang memiliki kenderaan membeli sendiri makanan, risiko hanyalah kepada pengguna itu sendiri sahaja.

Jika mendapat jangkitan dari kedai tanpa disedarinya, dia masih boleh menghindarinya sebaik kembali ke rumah, basuh tangan, mandi dan salin pakaian.

“Sebaliknya jika menggunakan khidmat penghantaran makanan, Grab Food, dan lain-lain langkah kesihatan perlu diambil seperti menggunakan pembayaran secara atas talian, meminta penghantar menjarakkan sosial satu meter dan menggunakan sarung tangan serta topeng muka ketika menyerahkan makanan atau barangan,” katanya.

Media hari ini melaporkan, semua premis makanan di daerah Jerantut, Pekan dan Raub tidak dibenarkan melakukan operasi penjualan secara bawa pulang atau ‘takeaway’ mulai Selasa ini, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.

Beliau berkata arahan itu juga meliputi restoran makanan segera di tiga daerah terbabit dan berkuat kuasa sehingga Kerajaan Persekutuan menarik balik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Arahan berkenaan dilaksanakan untuk memperketatkan operasi premis menjual makanan di daerah terlibat kerana jumlah Covid-19 di Jerantut dan Pekan adalah yang tertinggi di Pahang manakala situasi penularan yang membimbangkan dicatatkan di Raub.

Sallehuddin berkata, sepanjang penguatkuasaan arahan itu, pihak berkuasa tempatan perlu mengambil tindakan yang tegas untuk memastikan ia dipatuhi.

PKP, yang bermula pada 18 Mac, sepatutnya berakhir pada 31 Mac namun Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengumumkan bahawa ia dilanjutkan sehingga 14 April.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Yang ini lah yang di katakan “overzealous”. Pasal apa tak boleh tapau makanan? Kalu social distancing yang di khuatiri ada banyak anggota keselamatan yang boleh bantu memantau. Heran bin ajaib depa orang Pahang ni.Cepat panggil itu DS Najib mai lecture kat depa ni sat!

  2. Xkan la d umah langsung xdak makanan, ini m’sia. Bukan Somalia, cuba la dgr arahan, apakah kita mau terus berpanjangan saprti ini. Klau semua patuh, sakejap je 14hari,lpas tu bebas, mkn la sebanyak mna nk mkn. Beli la sebanyak mna nk beli. Akai xdak,menyusahkan org,

Comments are closed.