Antara tip yang dikongsi Jabatan Pembangunan Wanita.

KUALA LUMPUR – Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) hari ini memohon maaf sekiranya beberapa tip yang dikongsikan melalui poster untuk wanita semasa berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak sesuai dan menyentuh sensitiviti golongan tertentu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Saidatu Akhma Hassan berkata jabatan itu, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan asyarakat, hanya menghebahkan tip harian dan mesej positif merangkumi pelbagai tema dengan matlamat untuk berkongsi maklumat kepada golongan wanita.

“Kami mengambil maklum respons banyak pihak berhubung beberapa tip untuk wanita yang dipromosikan melalui poster yang disiarkan di media sosial kami.

“Pendekatan yang digunakan adalah untuk berkongsi kaedah dan amalan untuk mengekalkan hubungan yang positif dalam keluarga dan ketika menjalani fasa bekerja dari rumah,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, poster-poster yang disiarkan akaun rasmi media sosial kementerian itu pagi tadi, menerima pelbagai reaksi warganet, berhubung tip seperti mengelak pergaduhan suami isteri serta tip kepada wanita bekerjaya.

Antara tip dikongsikan ialah: “Jika melihat pasangan melakukan sesuatu yang bercanggah dengan kehendak kita, elakkan dari berleter – gunakan perkataan “humorous”.

— BERNAMA

1 Komen

  1. Memang besar tanggungjawab rumahtanga yang kini mula dengan pelbagai reaksi masalah dalaman keluarga apabila pasangan berkerja mula hilang pendapatan, masalah menjaga anak, masalah masalah lain berkaitan kerja dari rumah dan lain lain. Cadangan kami adalah untuk membuat bimbingan atas talian supaya semua pihak sedar apa situasi yang kita hadapi dan bagaimana kita boleh selesaikan isu isu kecil atau salah faham dengan mengamalkan prinsip bertolak ansur….Insyallah selesai lah isu isu ini yang penting jangan bertindak apabila kita berada dalam situasi kemarahan… biarlah fikirkan masa depan keluarga dan anak anak kesayangan

Comments are closed.