Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lagi kakitangan CIMB Group Holdings Bhd. (CIMB) disahkan dijangkiti wabak Covid-19.

Dalam satu kenyataannya di sini hari ini, kumpulan perbankan itu berkata, pekerja yang bertugas di Menara UAB, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur itu sedang mendapat rawatan di sebuah hospital kerajaan ketika ini.

Proses penjejakan kontak sedang dijalankan manakala kontak rapat beliau sedang dikuarantin di rumah sehingga disahkan bebas wabak oleh pegawai perubatan.

Susulan itu juga, cawangan Menara UAB kini ditutup bagi kerja-kerja sanitasi dan cucian terperinci.- MalaysiaGazette