Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi

KUALA LUMPUR – Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) menyarankan para artis dan penggiat seni membuat laporan polis terhadap seorang selebriti yang didakwa membuat video hasutan terhadap industri seni Malaysia.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, SENIMAN mendakwa video tersebut menyelar serta menghina penggiat seni bagi mendapatkan paid review melalui media sosialnya dan ini membuatkan ramai penggiat seni terutamanya artis terguris dengan kenyataan dari video itu.

“Segala usaha baik penggiat seni untuk membantu penggiat seni yang lain dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menjadi teruk dan dipandang negatif oleh netizen atas hasutan artis tersebut melalui video berkenaan.

“Mohon jasa baik artis artis dan penggiat seni untuk membuat laporan polis dan Suruhanjaya Multimedia Malaysia yang sama terhadap artis yang membuat video itu supaya dalam keadaan kritikal ini adalah lebih baik membuat video yang membantu kerajaan dan frontliner utk menghapuskan covid 19 dari menghasut masyarakat untuk membuat perkara yang tidak baik yang boleh mengugat perpaduan industri seni dan mengugat ketenteraman awam,” tulis SENIMAN.

Meskipun tidak menyatakan nama selebriti berkenaan, rata-rata netizen membuat andaian bahawa laporan polis itu dibuat terhadap pelakon Zarina Anjoulie yang sebelum ini pernah meuat naik video mengecam tindakan beberapa artis yang mahukan bantuan kerana terkesan dengan PKP. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Jangan cuba nak spin sangat la Zed zaidi oiii…. Zed zaidi kena tempias bila rakyat marah seniman merengek mintak bantuan khas untuk golongan artis. Rakyat troll semua artis yg merengek mintak bantuan khas tu bukan sebab video Zarina tu lah. Takda unsur hasutan pun dalam video tu… Rakyat troll artis tu semua sebab bodoh pentingkan diri…merasakan artis lebih istimewa dari rakyat biasa lain.

Comments are closed.