Nay Myo Lin. foto Agensi

YANGON – Mahkamah Myanmar mendakwa seorang wartawan yang menerbitkan satu wawancara dengan kumpulan pemberontak tentera Arakan di bawah undang-undang keganasan dan menyekat laman web miliknya dan lain-lain yang melaporkan tentang konflik di negeri Rakhine.

Minggu lalu, Myanmar mengisytiharkan tentera Arakan sebagai kumpulan pengganas selepas lebih setahun bertelingkah dengan organisasi, yang merekrut sebahagian besar daripada majoriti kaum etnik Rakhine Buddha dan mahu autonomi yang lebih besar untuk wilayah itu.

Mahkamah Mandalay, mendakwa Nay Myo Lin, Ketua editor Voice of Myanmar, di bawah Akta Keganasan kerana mewawancara tentera Arakan pada 27 Mac lalu, yang mana wawancara itu dilakukan selepas Myanmar untuk labelkan tentera itu sebagai kumpulan pengganas.

Peguam Nay Myo Lin, Thein Than Oo, mengesahkan pertuduhan itu boleh membawa hukuman mati.

Isteri tertuduh, Zarni Mann, juga mengesahkan suaminya telah didakwa.

The Myanmar Times memetik Hakim Kyaw Swa Lin sebagai berkata, Nay Myo Lin telah ditangkap selepas mewawancara minggu lepas.

Setakat ini jurucakap tentera Arakan belum memberi maklum balas.

Reuters tidak dapat menghubungi mahkamah untuk mengesahkan pertuduhan atau mendapatkan maklumat tentang pendakwaan tersebut.

Kementerian Komunikasi Myanmar telah mengarahkan operator mudah alih untuk menghalang berpuluh-puluh laman web daripada menerbitkan “berita palsu”.

Namun, kementerian itu tidak memaklumkan senarai laman web yang disekat cuma beberapa laman web terkemuka mengenai konflik di Rakhine sudah tidak dapat diakses sejak semalam. – MalaysiaGazette

Myo Swe, jurucakap Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi memberitahu Reuters bahawa laman web telah disekat “selepas mendapat arahan” namun mengulas lanjut.

“Laman web ini menerbitkan berita palsu dan berita yang boleh menyebabkan ketidakstabilan di dalam negara ini,” katanya.

”Laman web yang membawa pornografi juga termasuk dalam larangan itu, katanya.

Syarikat telekomunikasi Telenor , salah satu daripada empat pengendali mudah alih di Myanmar berkata, dalam satu kenyataan bahawa ia telah diperintahkan untuk menyekat 221 laman web dan telah mematuhinya. – MalaysiaGazette