Kerajaan Malaysia

JEDDAH – Arab Saudi menguatkuasakan perintah berkurung selama 24 jam di Mekah dan Madinah ekoran penularan Covid-19 berkuatkuasa serta-merta hari ini.

Sebarang perubahan akan diberi notis laniut menurut agensi akhbar Saudi (SPA) melaporkan mengutip sumber rasmi di Kementerian Dalam Negeri.

Penduduk di kedua-dua bandar suci itu hanya boleh meninggalkan rumah mereka hanya untuk sebab-sebab yang perlu seperti membeli makanan dan untuk rawatan perubatan hanya antara jam 6 pagi hingga 3 petang.

Selepas itu, penduduk yang keluar mesti tinggal di kawasan kediaman masing-masing.

Pegawai itu berkata pengecualian berkurung berkuat kuasa masih dikenakan kepada mereka yang berada dalam sektor awam dan swasta penting seperti keselamatan, tentera dan media.

Mereka yang bekerja dalam perkhidmatan kesihatan juga dikecualikan daripada perintah berkurung.- MalaysiaGazette