Tedros Adhanom Ghebreyesus. foto AP

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyuarakan kebimbangan peningkatan dan penyebaran virus Covid-19 yang kini telah mencapai bilangan 205 negara dan wilayah.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, agensinya, Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa menyokong pelepasan hutang untuk membantu negara-negara membangun menangani sosial dan ekonomi akibat pandemik itu.

“Dalam tempoh lima minggu yang lalu terdapat peningkatan mendadak dalam jumlah kes baru dan jumlah kematian lebih daripada dua kali ganda pada minggu lalu,” kata Tedros.

“Dalam beberapa hari akan datang kita akan mencapai 1 juta kes yang disahkan dan 50,000 kematian di seluruh dunia,” katanya.

China, negara yang mencetuskan wabak koronavirus pada bulan Disember lalu telah melaporkan penurunan jumlah jangkitan baharu.

Ditanya mengenai lanjut mengenai wabak tersebut, Dr Maria ver Kerkhove, ahli epidemiologi WHO yang merupakan sebahagian daripada pasukan antarabangsa yang pergi ke China pada bulan Februari lalu berkata, definisi WHO termasuk kes-kes yang disahkan oleh makmal “tanpa menghiraukan perkembangan gejala”.

“Dari data yang kita lihat dari China khususnya, kita tahu bahawa individu yang dikenalpasti, yang disenaraikan sebagai tanpa gejala, kira-kira 75 peratus daripada mereka sebenarnya bakal membina gejala,” katanya, menggambarkan mereka sebagai ” fasa pra-gejala “.

Koronavirus baru menyebabkan penyakit pernafasan Covid-19.

Wabak itu menunjukkan simptom-simptom penyakit termasuk demam dan batuk, tetapi adalah penting bagi WHO untuk mengenal pasti “spektrum penyakit yang penuh”, tambahnya.

Tedros memuji pelan rangsangan ekonomi berjumlah AS$ 22.6 bilion oleh India – yang menyediakan makanan percuma kepada 800 juta orang yang berpendapatan kecil, pemindahan wang tunai kepada 204 juta wanita miskin dan gas masak percuma untuk 80 juta isi rumah untuk 3 bulan.

“Banyak negara membangun akan berjuang untuk melaksanakan program kebajikan sosial ini,” katanya. – MalaysiaGazette