Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan membuka semula kaunter duti setem di 34 Pejabat Setem Cawangan (PSC) mulai esok bagi memastikan kelancaran urusan individu dan pihak-pihak yang memerlukan khidmat tersebut.

Keutamaan diberikan kepada urusan duti setem melibatkan individu dan orang awam yang tiada ID pengguna STAMPS.
dan pembayaran duti setem ke atas notis taksiran yang tidak boleh dibuat secara dalam talian.

Katanya, kaunter duti setem di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan UTC Johor kekal ditutup sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Bilangan dokumen dihadkan kepada tiga dokumen sahaja pada satu-satu masa.

Pembayar duti / pembawa dokumen dikehendaki mematuhi setiap peraturan Perintah Kawalan Pergerakan dan penjarakan sosial ketika hadir ke pejabat LHDNM untuk berurusan di kaunter duti setem.

Hanya 5 hingga 10 orang pembayar duti/pembawa dokumen dibenarkan masuk ke kawasan kaunter dalam satu-satu masa bergantung kepada keluasan ruang kaunter PSC.

Pihak selain daripada individu dan orang awam boleh membuat penyeteman dalam talian melalui STAMPS di https://stamps.hasil.gov.my.

Ejen atau wakil yang mempunyai ID STAMPS diwajibkan untuk mengemukakan permohonan penyeteman dan pembayaran secara dalam talian melalui STAMPS.

Pembayar dut /syarikat/agensi yang tiada keperluan mendesak untuk urusan duti setem diminta menangguhkan urusan sehingga tempoh PKP tamat.

Menurutnya, LHDNM telah memberikan lanjutan masa sehingga 30 April 2020 ke atas semua permohonan taksiran dan bayaran duti setem termasuk duti kompaun yang sepatutnya disetemkan atau dibayar pada 18 Mac hingga 29 April 2020 tanpa dikenakan penalti.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara di atas boleh dimajukan kepada LHDNM dengan menghubungi HASiL Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-89111100 (Luar Negara), atau melalui:

a) HASiL Live Chat;
b) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan
c) Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu: Facebook – https://www.facebook.com/LHDNM atau Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial – MalaysiaGazette