Mazlan Aliman
Datuk Mazlan Aliman

KUALA LUMPUR- Datuk Mazlan Aliman mengaku kontraknya sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang telah ditamatkan berkuatkuasa semalam.

Beliau bagaimanapun ketika dihubungi Malaysia Gazette enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Ya (kontrak telah ditamatkan). Tiada komen setakat ini,” katanya.

Semalam tular sepucuk surat yang ditandatangani Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee bertarikh 31 Mac 2020 yang memaklumkan penamatan kontrak Mazlan itu.

Menurut Ronald, keputusan tersebut diambil selaras dengan penyusunan barisan Anggota Pentadbiran Kerajaan yang dibuat pada 9 Mac lalu.

Artikel berkaitan: Mazlan Aliman pengerusi baharu LPP

Mazlan yang sebelum ini merupakan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman dilantik sebagai Pengerusi LPP pada 19 Oktober 2018. – MalaysiaGazette