KUALA LUMPUR – Gereja di seluruh negara akan menggunakan laman sosial bagi membolehkan penganut Kristian menghayati ‘Good Friday’ sebelum sambutan Easter susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melarang perhimpunan ramai di rumah ibadat.

Penganut Kristian percaya Good Friday ialah hari Jesus Christ disalib dan mati di tiang salib dan diikuti Easter apabila Jesus Christ dihidupkan semula.

Tahun ini, Good Friday jatuh pada 10 April dan Easter pada 12 April.

Bagaimanapun, penganut Kristian tidak dapat mengikuti upacara sembahyang di gereja kerana lanjutan tempoh PKP berkuat kuasa sehingga 14 April dalam usaha kerajaan membendung penularan wabak COVID-19.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan larangan semua bentuk perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan dan sosial serta perhimpunan keagamaan sehingga 30 April ini.

Tinjauan dalam laman sesawang menunjukkan majlis Biskop Katolik Semenanjung Malaysia telah menggantungkan semua upacara sembahyang mingguan dan aktiviti keagamaan harian mulai 14 Mac hingga 14 April ini.

Laman sesawang itu menyebut pengikut Katolik boleh mengikuti upacara sembahyang menerusi dalam talian di alamat https://www.youtube.com/c/ArchklOrg dan https://archkl.org/index.php/tv-archkl-org.

Jadual bulan ini juga turut tertera dalam laman sesawang itu.

Paderi Gereja St Anthony, di Teluk Intan, Perak, Rev. David Lourdes, berkata penganut digalak bersembahyang secara beramai-ramai dalam talian.

“Pengikut Katolik boleh mengikuti semua upacara sembahyang dalam platform digital. Saya rasa upacara sembahyang secara beramai-ramai dalam talian dikendalikan serentak oleh dua atau tiga kawasan uskup. Ini adalah persediaan yang dilakukan untuk Minggu Suci ini,” katanya.

Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia (CCM), Rev. Dr Hermen Shastri, berkata pihak gereja di negara ini akan membuat penstriman langsung upacara sembahyang dan ceramah di pelbagai platform media sosial yang penganut mempunyai akses internet. kedua-dua gereja itu dapat mengikuti upacara sembahyang dan ceramah dalam talian yang akan dikendalikan oleh Presiden Persidangan Tahunan Gereja Methodist Tamil, Rev. Dennis Raj.- BERNAMA