TERKINI : BAHAYA!!! Bila Kelengkapan PPE Dibuang Sambil Lewa

Dalam kesibukan orang ramai mencegah diri daripada dijangkiti wabak Covid-19 dengan mengasingkan diri di rumah, pastikanya alat perlindungan peribadi (PPE) seperti topeng muka dan cecair pembasmi kuman menjadi keutamaan.

Namun penggunaan PPE itu tidak memadai hanya sekadar mengenakannya ketika berada di luar rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki fasa kedua sejak semalam.

Tinjauan MalaysiaGazette ke Tapak Pelupusan Sanitari Jeram hari ini mendapati, wabak Covid-19 dikhuatiri sukar dibendung sekiranya kelengkapan PPE yang telah digunakan tidak dilupuskan dengan betul.