KUALA LUMPUR – Seramai 310 pelajar Malaysia dari beberapa universiti di Indonesia telah selamat pulang ke tanah air semalam.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad, kesemua mereka kini dikuarantin di Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) selama 14 hari.

“Pelajar dibenarkan pulang selepas tamat tempoh kuarantin dan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan),” katanya  menerusi Twitter.

Jelas Noraini, kos pembiayaan pelajar ditaja oleh Kerajaan Negeri Sarawak, beberapa buah parti politik, selain turut ditanggung sendiri oleh pelajar dan keluarga.

31 Mac yang lalu,Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar memaklumkan terdapat 4,374 rakyat Malaysia masih terkandas di 56 negara seluruh dunia.

Manakala 3,201 sudah berjaya dibawa pulang ke tanah air.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast