TUDM melaksanakan misi bantuan perubatan keishatan ke Sabah dan Sarawak

KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab sosial kepada negara apabila pesawat pengangkut A400M milik TUDM di Subang telah melaksanakan penerbangan ke Sarawak dan Sabah hari ini.

Penerbangan itu membawa 100 unit kotak perlindungan, spesimen klinikal tambahan kepada fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) serta keperluan peralatan Personal Protective Equipment (PPE) untuk kegunaan kumpulan barisan hadapan mendepani pandemik Covid-19.

TUDM melaksanakan misi bantuan perubatan keishatan ke Sabah dan Sarawak. Gambar TUDM

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan berkata, kotak perlindungan sebanyak 100 unit yang disumbangkan sukarelawan bekas Putera Maktab Tentera Diraja melalui bantuan pelbagai pihak termasuk Persatuan Bekas Putera terdiri daripada dua jenis iaitu intubation type yang digunakan semasa prosedur endotracheal intubation dan sampling type yang digunakan semasa prosedur mengambil swab.

Katanya, peralatan berkenaan bertujuan menghalang transmisi droplets dari pesakit-pesakit yang berkemungkinan mempunyai virus Covid-19 berjangkit kepada para petugas perubatan.

TUDM melaksanakan misi bantuan perubatan keishatan ke Sabah dan Sarawak. Gambar Credit: TUDM

“OPA setakat ini telah pun menyalurkan 108 unit kepada fasiliti-fasiliti kesihatan di negeri-negeri Semenanjung Malaysia dan 100 unit ini akan disalurkan kepada fasiliti-fasiliti kesihatan di negeri Sarawak.

“Kotak perlindungan aerosol ini akan digunakan oleh petugas-petugas kesihatan di barisan hadapan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti terutamanya semasa mereka bertugas membuat saringan, pemeriksaan dan rawatan kepada pelbagai lapisan pesakit yang datang ke fasiliti kesihatan sama ada di Klinik Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah  dan hospital,” kata kenyataan itu.

TUDM melaksanakan misi bantuan perubatan keishatan ke Sabah dan Sarawak. Gambar Credit: TUDM

Tambah Bahagian Perhubungan Awam TUDM lagi, bagi spesimen klinikal tambahan Kementerian Kesihatan Malaysia, ianya terdiri daripada bekalan peralatan makmal, farmasi, Personal Protective Equipment (PPE) dan peralatan perubatan kritikal untuk disalurkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah bagi kegunaan fasiliti-fasiliti pusat kesihatan di negeri tersebut.

Menurutnya, peralatan-peralatan perubatan tersebut juga adalah dari KKM, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Pesawat A400M dari No 22 Skuadron yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang telah berlepas kirakira jam 7.00 pagi tadi dari Subang ke kedua-dua destinasi Sabah dan Sarawak.

TUDM melaksanakan misi bantuan perubatan keishatan ke Sabah dan Sarawak. Gambar Credit: TUDM

“Pesawat ini telah diterbangkan oleh Mejar Lo Chee Sing TUDM dan dibantu oleh Kapt Mohd Erid bin Abd Rahim TUDM selaku pembantu juruterbang bersama lima anak kapal.

“TUDM akan sentiasa memberikan bantuan dan sokongan penuh kepada kerajaan serta agensi-agensi lain dalam usaha menanggani penularan wabak COVID-19 dan semoga usaha sama ini dapat membantu kerajaan dalam menanggani wabak ini dengan segera demi kesejahteraan rakyat,” tegas TUDM.-MalaysiaGazette