MADRID – Jumlah kes kematian akibat koronavirus di Sepanyol sudah melepasi 10,000 orang.

Sepanyol adalah negara kedua tertinggi yang merekodkan 10,003 kes kematian selepas 950 lagi kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam, menurut Kementerian Kesihatan.

Manakala kes positif Covid-19 pula bertambah daripada 102,136 pada hari Rabu melonjak kepada 110,238, kenaikan 8% yang sama direkodkan pada hari sebelumnya.

Kementerian itu berkata, virus tersebut kini berada pada kemuncaknya dan dijangka menurun dalam beberapa hari lagi, kata María José Sierra, dari Unit Penyelaras Kecemasan Kementerian Kesihatan Sepanyol.

Bagaimanapun, katanya, berlaku penurunan dalam kes pesakit yang menerima rawatan di unit intensif, yang sudah berada di bawah tekanan di seluruh negara.

Sepanyol telah melarang rakyatnya berada di luar rumah dan semua operasi perniagaan telah ditutup sejak pertengahan bulan lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast