NEW YORK – Lebih daripada sejuta kes telah didaftar di seluruh dunia, menurut Universiti John Hopkins.

Hampir 53,000 orang dilaporkan meninggal dunia dan lebih 210,000 orang disahkan telah pulih.

Setakat ini Itali merekodkan kes kematian tertinggi, manakala Amerika Syarikat pula menyaksikan kes jangkitan tertinggi selepas ia merebak dari negara China tiga bulan lalu.

Walaupun Universiti John Hopkins mencatatkan sejuta kes covid-19 yang telah disahkan tetapi jumlah sebenar jangkitan mungkin lebih tinggi.

Ini kerana, ia mengambil masa sebulan setengah untuk 100,000 kes pertama didaftarkan.

Sejuta kes itu dilaporkan selepas berganda-ganda kes berlaku beberapa minggu sebelumnya.

Hampir suku daripada kes positif itu direkodkan di Amerika Syarikat manakala Eropah mewakili separuh lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast