Gambar hiasan.

SINGAPURA- Sekurang-kurangnya 10 orang di Singapura yang dijangkiti Covid-19 tanpa menunjukkan sebarang gejala, demikian menurut satu kajian terbaharu mengenai pesakit wabak tersebut di republik berkenaan.

Kajian tersebut memberi fokus terhadap pemindahan pra-gejala Sars-CoV-2 iaitu virus yang menyebabkan Covid-19.

Kajian diterbitkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat pada 1 April lalu dan ditulis bersama Pengarah Penyakit Berjangkit Kementerian Kesihatan Singapura, Profesor Madya Vernon Lee.

Pemindahan pra-gejala merujuk kepada satu insiden di mana virus berkenaan dipindahkan daripada seorang individu kepada individu yang lain walaupun individu pertama tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan.

Risiko daripada pemindahan sebegitu boleh menjadi punca kepada penularan wabak Covid-19.

Ini kerana kebanyakan langkah yang diambil untuk membendung wabak tersebut seperti melakukan ujian suhu badan hanya berjaya kepada pesakit yang telah menunjukkan simptom.

Pakar-pakar dan pihak berkuasa di Singapura sedang membincangkan perkara ini.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast